Renew Passport / Pasport Hilang & Expired (2019)

Thursday, April 11, 2019

My wife Azim is in the midst of planning to go to Thailand with her friends but the thing is, kali terakhir kami nampak di mana pasport kami adalah berkurun kurun lamanya dulu. Telah kami usaha cari pasport kami, namun tidak ditemui. We lost our passports and of course they have already expired. 

Oleh itu, untuk mengelakkan daripada membazir masa ke hulu dan ke hilir, we did our online research on how to renew passports in our scenario. 

Based on what we read online, we have to go straight to Pejabat Imigresen. Luckily, Port Dickson has one which near our house. 

Apakah yang perlu dibawa? Ramai orang berkata yang tidak perlu bawa apa-apa kecuali IC. Tapi di Pejabat Imigresen Port Dickson, pegawai yang melayan kami meminta salinan photostat IC. Jadi, lebih baik tuan tuan dan puan puan sediakan salinan IC. 

Selepas memberikan salinan IC, pegawai berkenaan mengambil gambar isteri saya. Semasa kami di sana, terdapat seorang makcik yang memakai tudung merah jambu. Untuk proses mengambil gambar, pegawai imigresen mengarahkan makcik tersebut untuk memakai tudung hitam yang siap disediakan di dalam satu bilik persalinan. Your hijab and shirt must be dark colored and if they aren't, they have prepared those things for you. 

Selepas mengambil gambar, isteri saya membayar duit RM200. 

Pasport siap dalam masa satu jam. Senang sahaja.

I would like to praise the immigration officers at Pejabat Imigresen Port Dickson for being super friendly and helpful. Kami amat berpuas hati terhadap layanan yang diberikan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments