Bunyi Bergesel Semasa Memandu

Monday, September 02, 2019

Pada beberapa minggu yang lepas, sewaktu memandu, saya perasan yang terdapat satu bunyi pelik pada kereta saya - Proton Saga FLX. Bunyinya seperti benda bergesel. Shhhht shhhht shhhhht dan bunyi itu hanya ada semasa kereta bergerak. 

Lantas, saya hubungi rakan pensyarah Politeknik saya, Hilmi, untuk bertanya tentangnya. Hilmi meminta saya untuk membawa kereta ke bengkel Jabatan Kejuteraan Mekanikal Politeknik Port Dickson untuk pemeriksaan lebih terperinci. 

Untuk pengetahuan semua, Politeknik yang menawarkan kursus Kejuruteraan Mekanikal kebanyakkannya membuka bengkel mereka untuk orang awam. Contohnya di Politeknik Port Dickson, tempat saya bekerja, bengkel dibuka kepada semua bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikian masalah masalah kenderaan yang kurang serius. Bengkel ini juga menawarkan khidmat basuh kereta. Semua kerja kerja bengkel dilakukan oleh para pelajar Politeknik di bawah pemantauan dan tunjuk ajar pensyarah. 

Setelah sampai di bengkel, Hilmi tidak kelihatan namun rakan pensyarah yang lain iaitu Encik Zubir sedia membantu. Encik Zubir membawa kereta saya untuk mendengar sendiri bunyi pelik tersebut. 

Selepas pemeriksaan, didapati yang brake pad kereta saya sudah haus dan perlu ditukar baru. 


Alhamdulillah, kos yang di caj oleh bengkel adalah RM110 bagi caj perkhidmatan dan pembelian empat brake pad yang baru.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments