When I'm gone...
Tuesday, November 30, 2010
I found this online... and it touched my heart...
I'm not sure whether it's true or not...
I'm not sure whether it's true or not...
But still I wanna share it here...
"Nama aku Amir... Aku ada seorang kekasih... Seorang??? huhu... Kekasih aku itu memang sangat cantik!! Sebab dia cantik, aku dan kawan-kawan aku berebut... Nasib aku baik la, aku dapat juga dia... memandangkan aku ni pun kategori orang yang handsome... hahaha... OOPS! Lupa! Nama kekasih aku ni Nadia.. Kami tak sama kampung tapi satu sekolah... Satu hari ni, aku dapat tawaran sambung belajar di satu IPTA ni... aku pun dapat... Alhamdulillah... Keputusan SPM kami cemerlang... aku pun tak sangka boleh dapat 7A... Hahaha... Tapi memang gila la... Walaupun jurusan yang ditawarkan sama, tapi aku dicampak ke utara dan dia pula ke Selatan... Dia ni kuat cemburu... tu jangan cakap laa... hidup aku dia yang aturkan... selama aku satu sekolah dulu, jangan harap la aku nak keluar dengan kawan-kawan perempuan aku... Jangankan nak keluar sama, pandang pun tak boleh... Kadang-kadang aku rimas jugak dengan dia... Bila aku bising, dia marah-marah dan merajuk... Benci betul aku... Aku tahu dia sayangggg sangat-sangat kat aku... Aku tahu dia memang tak layan mana-mana lelaki yang cuba pikat dia... Kadang-kadang aku marah juga kalau ada lelaki yang hantar-hantar mesej kepada dia walaupun dia tak balas...
Tapi sebenarnya aku ada sorokkan sesuatu daripada dia... Disebabkan kami dah terpisah jauh, aku mula la nak menggatal di utara ni... Jahatkan? Aku rasa bebas!!! Aku pun rasa dia juga rasa begitu... Ya lah, dia kan cantik... Mesti la ramai jantan cuba pikat dia... Disebabkan aku nak menutup perasaan prasangka yang buruk-buruk tu, aku mula la berkawan dengan ramai perempuan kat sini... Setiap kali orang tanya status aku, mesti aku jawab aku "single"... Aku selalu keluar dengan kawan-kawan perempuan aku di sini... Memang lagak macam orang "single"... Aku selalu teringatkan dia setiap kali aku berfoya-foya... Bila waktu malam, sebelum tidur, mesti dia yang "call" aku... Aku? Kadang-kadang je... Tapi aku sayang sangat pada dia... Aku cakap kat dia, kawan-kawan aku kat sini semuanya jantan... Dia cakap dia pun ada kawan perempuan sahaja... Sebelum kami tamatkan perbualan, mesti dia akan bercerita kenangan kami bersama... Dia selalu cakap, "kalau saya dah tiada, baru awak boleh gatal dengan perempuan lain"... Kadang-kadang aku marah dia sebab dia cakap benda yang bukan-bukan walaupun hakikatnya aku memang dah menggatal dah pun... Kadang-kadang aku selalu juga cetuskan pergaduhan dengan dia... banyak kali dia menangis semasa bergaduh dengan aku... Pernah tu aku tertengking dia... Kasihan dia.........
"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tiba-tiba aku terkejut dari lamunan... Rupa-rupanya kawan perempuan aku, Tiqah... Aku pun dengan bodohnya menerima Tiqah sebagai kekasih kedua... Semasa duit PTPTN keluar, aku beli satu lagi "handphone"... Satu "handphone" khas untuk SMS Nadia, satu lagi untuk Tiqah... Dalam tempoh aku belajar di sini, macam-macam penipuan aku buat... Aku tipu dua-dua perempuan tu... Tapi hati aku tetap sayangkan Nadia... Mungkin sebab jauh, perasaan tu kadang-kadang bercampur... Tiqah pun macam Nadia... Sejak aku bersama dengan dia, aku dah tak keluar dengan kawan-kawan perempuan lain... semuanya kembali seperti semasa aku dengan Nadia dulu... Aku berasa bersalah sangat... Tapi dalam masa yang sama, aku cuma nak hilangkan perasaan bosan sunyi di sini... "Kalau la Nadia tahu..." Kadang-kadang aku terfikir nak berterus-terang... Tapi aku tak berani... Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pukul 3.30... kadang-kadang pukul 4... sebab nak bergayut dengan dua-dua... Semua orang tak tahu siapa aku sebenarnya... termasuk kawan karib aku sendiri... Setiap kali aku balik kampung, Nadia tak balik... Universiti tak sama dengan sekolah... Cuti lain-lain... Cuma ada sekali tu kami dapat cuti sama-sama... Cuti Hari Raya... Semasa aku jumpa Nadia, aku sorokkan "handphone" satu lagi tu di rumah... Nadia semakin cantik! Berseri-seri... Mana-mana lelaki tengok mesti cair la... Nadia cakap cinta dia hanya untuk aku... Selama dia berpisah dengan aku, dia semakin rindu, semakin sayang dan cintakan aku... Untuk hilangkan perasaan itu, dia habiskan masa dengan belajar... Kadang-kadang dia cakap, dia belajar sampai lewat malam... Dia gembira sebab hati aku masih tak berubah untuk dia seorang... ERR!!! Aku berasa bersalah sangat-sangat... "Kalau saya dah tiada, baru awak boleh gatal dengan perempuan lain tau!" cakapnya sambil tergelak-gelak... Ayat tu dah berjuta kali dia sebut... Aku tengok muka dia yang lembut tu... Dia bersuara, kalau habis belajar, dia nak aku ikat dia sebagai tunang... Selepas itu, dia nak kami kerja, kumpul duit banyak-banyak dan kahwin dan kemudiannya sambung belajar lagi... Beria-ia dia menceritakan impian dia kepada aku...
Permainan aku berlarutan sehingga semester ke 4... Pada satu hari ni aku pergi makan dengan Tiqah macam biasa... Heboh satu kampus aku jadi ketua projek untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA... Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku dengan Nadia... Macam biasa aku pergi makan dengan Tiqah di kafeteria... Semasa Tiqah tengah ambil lauk, aku tergerak hati nak periksa "handphone" dia... Terhenti jantung aku, berlambak-lambak mesej seorang jantan yang bersayang-sayang di dalam "inbox" dia... Aku pun bengang... Sebaik sahaja Tiqah duduk, aku soal siasat dia sampai dia menangis... Sebelum ni tak terniat pula aku nak periksa... Tiqah cakap dia tetap sayangkn aku... Aku pun mula terfikirkan Nadia... Tiba-tiba ada sekumpulan perempuan datang ke meja kami... Tak lama selepas itu, aku nampk Nadia... Aku menelan air liur... Rupa-rupanya, Nadia juga mengambil bahagian dalam pertandingan tu... Bila Tiqah nampak ramai-ramai perempuan tu datang dekat dengan aku, pelik la dia... Dan dengan kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu... Dan Tiqah sendiri mengaku yg dialah kekasih aku pada Nadia... Aku tengok Nadia menangis... Dia tak bercakap sepatah perkataan pun... Cuma dia berikan aku hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkan aku... Aku terus putuskan hubungan aku dengan Tiqah...
Semasa aku balik hostel, puas aku cuba hubungi Nadia... Aku hantar SMS berlambak-lambak kepada dia... dia tak balas satu pun... Aku sedar, dia dah benci aku... Rupanya Nadia masih menerima aku... Aku gembira sangat-sangat... Aku berjanji tak nak kecewakan dia lagi... 2 minggu kejadian itu berlalu... Orang-orang sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku... Lebih-lebih lagi kawan-kawan perempuan aku la... Aku dah tak kisah dah... Aku dah berubah... Aku cuma nak dapatkan keputusan yang cemerlang sampai semester akhir nanti... Aku nak dapatkan kerja baik-baik... Apa-apa pun aku nak ikat Nadia dulu... Kadang-kadang aku berasa malu sangat kat Nadia... Lebih-lebih lagi bila teringatkan mak ayah dia... Nasib baik dia tak pergi mengadu kat mak dan ayah dia... hehe...
Dalam tengah di awang-awangan berangan sambil membelek-belek kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya masa hari kejadian tu, tiba-tiba aku menerima satu SMS daripada kawan Nadia... "Nadia kemalangan!!!" Ermm... Hati aku tiba-tiba jadi tak sedap... SMS kedua daripada kawan dia datang lagi... Terasa panas muka aku bila baca SMS itu... "Nadia dah tiada... Dia dilanggar kereta semasa melintas jalan..." Macam orang gila selepas aku baca SMS itu... Aku ambil keputusan untuk balik sekejap ke kampung walaupun terpaksa ponteng kelas... Aku rasa kosong... Kosong sangat... Teringat gelak tawa dia, teringat suara dia, muka dia yang cantik tu... Aku menangis dalam bas... Aku tak peduli dengan orang-orang yang memandang aku... Kali ni aku betul-betul menyalahkan diri aku... Semua kenangan aku bersama Nadia bermain di dalam kepala... Aku tak mampu menahan perasaan sedih ni... Berulang kali aku baca SMS terakhir Nadia malam tadi... "Awak, saya nak tido... Macam biasa, saya sayangkan awak untuk selamanya... walaupun awak dah lukakan hati saya, saya maafkan... Tapi ingat! Kalau saya tiada baru awak boleh gatal dengan perempuan lain! Hehe... Nak marah la tu... Saya sayang awak! Sweet dreams..."
Ya Allah! Kuatkanlah hatiku ni... Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi... Ye... Aku pun terus mencoretkan kisah ini... Semoga menjadi pengajaran kepada kamu semua... Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni... Tapi aku tahu, Nadia takkan kembali lagi... Tiada lagi SMS Nadia, panggilan Nadia... Tiada lagi ungkapan "kalau saya tiada" tu... Kawan-kawan... Aku minta sedekahkanlah Al-Fatihah kepadanya... Mungkin ada yang memperlekehkan kisah aku ni... Tapi bagi aku, inilah kisah yang paling bermakna... Untuk selamanya aku menyayangimu, Nurul Nadia bt Zainarruddin... Mungkin sekejap lagi jenazahnya tiba... Aku nak bersiap-siap untuk beri penghormatan terakhir buat dia yang aku sayangi... Sememangnya cinta dia untuk aku sehingga akhir nafas... Aku hanya mampu merelakan pemergiannya... Tabahkan hatiku Ya Allah...
Al Fatihah..."
2 comments
alamk..sedih lak..kisah benar ke nih?
ReplyDeleteMacam kisah besar...
ReplyDeleteTidak dapat dipastikan~